Pages

Isnin, Ogos 09, 2010

Jom Khatam Al Quran sebulan Ramadhan...

Azam kita dalam bulan Ramadhan ini, untuk mengkhatamkan 30 juzu dalam masa 30 hari. Bagaimana caranya??? Okay, ini petuanya...

1. Disiplinkan diri, pada setiap hari, tamatkan 1 juzuk. (1 hari=1 juzuk)
2. Setiap juzu mempunyai 10 helaian. Oleh itu, pada setiap waktu solat, bacalah 2 helaian (2 helai x 5 waktu solat=10 helai=1 juzuk)
3. Sekiranya anda bimbang, tidak mempunyai waktu untuk membaca Al Quran selepas solat, maka bacalah sebelum solat (sementara menunggu azan).
4. Disiplinkan diri untuk menunggu waktu solat. Setiap kali 10-15 minit sebelum azan, pastikan kita sudah berada di atas sejadah dalam keadaan berwudhu dan kemudian, bacalah Al Quran. Yang bestnya, dengan disiplin ini, kita dapat baca Al Quran dan dapat menunaikan solat di awal waktu.
5. Sekiranya, ada waktu yg tidak sempat dihabiskan bacaan Quran, kita qadha’ kannya pada waktu yang lain. Pastikan, sebelum tidur malam, kita telah pun tamat sekurang-kurangnya 1 juzuk. (kalau lebih, lagi bagus :)
6. Bagi wanita yang masih didatangi haid, maka hendaklah berusaha lebih gigih untuk bersegera mengkhatamkan Al Quran.

<<< Jom Pakat Khatam Quran di bulan yg penuh rahmat ini....>>>

0 comments:

Catat Ulasan